Sunday 7 October 2012

Cara buka akaun PosLaju

Assalamualaikum...
Akhir-akhir ni ramai yang tanye dengan Siti, macam mana prosedur atau cara-cara nak buka akaun poslaju. Dah rasa macam kaunter pertanyaan pulak.. Hehehe.. Tapi takpelah.. Tak rugi pun kalau kita berkongsi sedikit pengalaman yang ada. Sebab tu, hari ini Siti luangkan sikit masa untuk berkongsi cara-cara membuka akaun poslaju dengan anda yang masih blur lagi tu.

Sebenarnya, tak kiralah sama ada kita ada perniagaan kecil atau besar, sangat penting untuk kita ada akaun poslaju. Bukan apa.. ia lebih mudah dan sangat-sangat menjimatkan masa dan kos kita. Dengan adanya akaun ini, kita tak perlulah lagi memandu ke poslaju atau pejabat pos, bayar parking, angkut segala parcel, lepas tu nak beratur lagi.. Apabila ada akaun, kita hanya perlu telefon poslaju, dan poslaju akan datang kutip parcel-parcel kita di depan rumah. Segala plastik dan borang poslaju pun akan dibekalkan secara percuma. Hujung bulan, kita akan dapat statement, dan bayar ikut jumlah yang dah ditetapkan. Mudah kan?

Ok, untuk membuka akaun poslaju:
  1. WAJIB mendaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebab poslaju akan minta nombor pendaftaran syarikat kita. Tak tahu macam mana nak mendaftar dengan SSM? Ok, nanti Siti akan buat entry lain berkaintan cara-cara mendaftarkan perniagaan pula.
  2. Sediakan COP RASMI syarikat. Tak payah pening kepala nak buat logo tu semua. Just buat yang simple-simple je. Paling penting ada NAMA SYARIKAT, NOMBOR PENDAFTARAN SYARIKAT dan NOMBOR TELEFON.
  3. Sediakan deposit. Deposit ni ikut kawasan poslaju anda. Macam Siti mendaftar di PosLaju Kluang, deposit yang diperlukan ialah sebanyak RM500.00. Deposit ini akan dikembalikan kalau kita nak tutup akaun poslaju.
  4. Pergi ke pejabat Poslaju yang berhampiran dengan anda dan isi borang-borang yang diberikan nanti. Pastikan bawa salinan kad pengenalan, salinan sijil SSM, cop syarikat dan wang deposit.
  5. Tunggu pengesahan. Biasanya pengesahan ini akan mengambil masa selama seminggu atau lebih kerana pihak poslaju perlu memastikan status pendaftaran syarikat kita dengan pihak SSM.
Mudah-mudahan, apa yang Siti kongsikan dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin membuka akaun poslaju. Jika ada masalah atau masih tidak jelas, bolehlah hubungi Poslaju yang berdekatan dengan anda ya.

 

6 comments:

  1. tq share siti..tp nk tanya alamt kat cop syarikat tu tk payah tkpa yerk..thansk

    ReplyDelete
  2. Tetimakasih share siti..nak buat ssm mcm mne pulak..berapa kos nk buat ssm ni..?email saya yer.. naszeyza77@gmail.com

    ReplyDelete
  3. dah daftar nanti, kalau kita call suruh pickup, macam mana depa tahu kita dah daftar?

    ReplyDelete